Jumaat, 7 Disember 2012

Mencari Resepi

SALAM SEMUA...

Dah seminggu my baby demam selsema+batuk.. asyik merengek,cian dier.Walau ape pun,as a housewife keje mst diteruskn :-).

Macam biasa hari2 smbl bt keje umah,cari idea nk masak apa 4 lunch jp g..hihi,tgk bhn y ada n seach internet,dah dapat.

So,tgu time nk masak aje lar smntra si kecil ni tido kita rest dulu layan fb..jom tgk menu sy ri ni..

                 Terung Masak Kicap


TERUNG MASAK KICAP

Bahan-bahan
  • 3-4 batang terung yg pendek2 tuh! - belah 2@serong
  • *10-15 biji cili padi
  • *1 btg cili merah - klu ade cili kisar bleh juga
  • * 4 biji bawang merah
  • * 2 ulas bawang putih
  • * 1 sudu makan ikan bilis
  • 3 sudu makan kicap manis
  • jus limau kasturi@air asam jawa
  • segenggam ikan bilis goreng
  • segenggam bawang goreng
  • garam - jika perlu
Cara-cara
  • Goreng terung hingga masak.ketepikan.
  • Tumbuk kasar@ blend tanpa air bahan2 yg bertanda *.
  • Panaskan minyak. Tumis bhn tumbuk hingga agak garing.
  • Masukkan kicap manis dan juga jus limau dan gaul rata. Tambah garam jika perlu.
  • Masukkan terung dan separuh drpd ikan bilis goreng.kacau dan tutup api.
  • Angkat dan hidangkan. taburkan bwg goreng dan baki ikan bilis goreng td.


KARI IKAN KAYU

                                          

BAHAN BAHAN
  • 1 ekor ikan tongkol (dipotong kepada beberapa bahagian)
  • 2 sudu besar rempah kari ikan
  • 1 cawan santan sederhana pekat
  • 1 cawan air asam jawa
  • 2 biji tomato dibelah 2 setiap satunya
  • 2 cili hijau dibelah tengah tanpa putus
  • Kacang bendi
  • Garam ikut citarasa

BAHAN2 PENUMIS (dihiris halus)
  • 3 ulas bawang merah
  •  2 ulas bawang putih
  • 1 hirisan halia
  • 1 sudu teh halba campur
  • 1 tangkai daun kari

BAHAN2 KISAR
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 5 ulas cili padi

CARA MEMASAKNYA
  1. Panaskan sedikit minyak dalam 2 sudu besar, tumiskan semua bahan2 penumis sehingga naik bau
  2. Masukkan bahan2 yang dikisar, diikuti dengan rempah kari ikan, kacau2kan & tunggu rempah agak garing & naik aromanya
  3. Masukkan air asam, kacau lagi dan masukkan pula santan. Biarkan ia sehingga mendidih sebentar
  4. Kemudian masukkan ikan tongkol, diikuti dengan tomato & cili hijau, biarkan ia mendidih perlahan2 sambil sesekali dikacau2kan
  5. Terakhir, masukkan kacang bendi dan garam secukup rasa. Ikut selera masing2 sama ada suka bendi agak lembik atau masih rangup. Akak suka rangup jadi tak perlu tunggu lama memasaknya.
Selamat mencuba n menjamu selera...

Tiada ulasan: